WONDERFULLIFE.....yeahhhhhh
Khamis, 3 Februari 2011
Cebisan Kenangan..
nie tajuk lagu.....
best sesangat bila dengar jerk lagu ni mesti iengat kt kengkawan...
lagi2bebdk f4 ex**********
malam td mata ni bengkak sebab.......
'tut'
sbenanye ngah borink ni...walaupun omwork ngah blambak.....
Ahad, 7 November 2010
Buat Sahabatku
Sahabat..
Marilah mengembara bersamaku
Melalui lorong-lorong hidup manusia..
Pelbagai onak dan ranjau
Penuh mehnah dan ragam
Lihatlah sahabatku..
Manusia-manusia disekelilingmu..
Ada di antara mereka bahagia kerana harta..
Ada di antara mereka derita kerana musibah..
pada bahagia ada yang alpa..
pada derita ada yang redha..
lalu ku singkap sebuah bicara
sesungguhnya pada penciptaan manusia..
xdijanjikan kesenangan sepanjang kembara..
namun akan diiringi setiap langkah
andai iman itu kau jadikan tahta..
ingatlah sahabatku..
Tidak semua yang kita harapkan di dunia ini akan kita peroleh..
Jua bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita impikan dengan sekelip mata..
Perlukn usaha dan pengorbanan yang tiada sudah..
Namun hasilnya ada pada ketentuanNya..
Dapatkah kau rasa..
Perjalanan hidup yang sentiasa mengharapkan Dia
Walau dalam lalai dan leka..
Kita masih memohon belas kasihanNya..
Terasa diri hamba yang penuh nista
DaripadaNya turun begitu banyak nikmat dan anugerah..
Namun begitu sedikit pengabdian dan rasa kesyukuran yang sampai kepadaNya..
Sahabat..
Tahukah kalian betapa dunia ini semakin dimamah usia
Bahawa sesungguhnya kematian semakin menghampiri kita..
Dalam sedar jua lena
Suatu saat kita akan kembali kepadaNya..
Namun bukan itu yang merintih jiwa..
Bukan itu yang menggamit rasa..
Yang ku resah menghitung masa
Adalah bekal yang akan ku bawa..
Menghadap Dia yang Esa..
Sahabat..
Layakkah kita untuk ke Jannah..
Penuh nikmat tanpa hampa
Pada sungai mengalir indah
Pada syurga kelazatan tak terhingga
Namun tak pula sanggup hatta melihat neraka
Penuh siksa tanpa bicara
Tak guna sesal mahupun nasuha
Hakikatnya terhimpun balasan noda dan dosa
Sengsara menanggung azab tak terkira..
Kerana itu sahabat..
Ku bawa dirimu meneroka..
Menyingkap rahsia adam dan hawa..
Yang pada dunianya kelihatan begitu indah
Terlupa fantasinya kehidupan sementara
Menggumpul dosa melebur pahala
Sehingga lupa menghitung singkatnya kembara..
Agar pada seketul daging bernama hati..
Akan kita tinggalkan secebis memori
Ingatan sepanjang melintasi mimpi
Bahawa kita ada satu misi..
Bertemu cahaya dan redha Ilahi..
Sahabat..
Betapa singkatnya perjalanan kita..
Saban hari tak terlepas melakukan salah
Bertuahnya kita sebagai hamba
Kepada Tuhan yang Maha Bijaksana
Maha Pengampun Maha Pemurah
Walaupun segunung dosa telah dikumpul..
Walaupun hanya sedetik rasa keinsafan..
Walaupun cuma setitik airmata penyesalan..
Namun pintu taubat sentiasa terbuka..
Pernahkah kita terfikir sahabat..
kita telah melafazkan 2 kalimah syahadah
Bersaksikan pengabdian kepada Tuhan yang Esa..
Dan pengakuan Rasulullah sebagai pesuruhNya..
Dan saat itu kita Islam yang nyata
Namun cukupkah hanya sekadar bertopengkan Islam sebagai agama?
Sedangkan mata tidak digunakan untuk melihat kebesaranNya..
Telinga tidak digunakan untuk mendengar seruan kekasihNya..
Mulut tidak digunakan untuk amal makruf ikhlas keranaNya..
Tangan tidak digunakan untuk nahi mungkar demi kesucian syariatNya..
Dan kaki tidak melangkah untuk berjihad kepadaNya..
Layakkah diri berasa beriman dengan kitabNya?
Helai demi helai menyuruh hambaNya melakukan perintahNya..
Lembar demi lembar menyuruh hambaNya meninggalkan laranganNya..
Namun apakah kita beramal dengannya?
Surah demi surah telah tercatat kisah teladan..
Berbaur keimanan dan kejahilan cucu Adam..
Dari satu kurun beralih zaman..
Menjadi pedoman dan renungan berpanjangan..
Adakah kita mengambil iktibar daripadanya?
Malunya diri ini tatkala menilai rasa kehambaan..
Tatkala menghitung bait-bait pengabdian
Yang semestinya tak mampu menebus segala kekesalan
Pada jiwa hamba yang sarat pemberontakan..
Kerana itu sahabatku..
Ruang waktu ini ku bawa dirimu bersama
Memuhasabah diri yang penuh aib kejahilan..
Agar saat dihitung amal perbuatan kita
Akan kita saling bertemu dalam redhaNya
Menuju syurga yang kekal bahagia
Abadi buat selama-lamanya..
Khamis, 4 November 2010

Jumaat, 22 Oktober 2010
Pengalaman pertama
pengalaman pertama tu..sblum ni naik bas ngan akak2 jer
kitaorg pegi POPULAR beli novel ...tapi aku beli novel sejarah yg btajuk"RABIATUL ADAWIYAH"sebenarnya nk beli lain tp tukan sirah baik untul muslim dan muslimah....
pastu kitaorg gi makn ABC..........emm seronok dpt jalan ngan kengkawan
sebenarnya umah dekat je tapi nk cuba naik bas balik umah
masa nk gi MC kan bas yg aku naik tu penuh sesak mcm dalam tin sardin
ala yang penuh tu pun budak skolah aku jugak............
Sabtu, 3 Julai 2010
April Fool
| |
|
Rabu, 14 Oktober 2009

Sampaikanlah mesej ini kepada kawan-kawan muslim kita yang lain kerana Allah itu amat suka akan orang yang menyampaikan benda-benda yang baik.
Untuk pengetahuan semua, umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan penemuan "Holy Water" di dalam air mineral yang diedarkan dipasaran ketika ini. Seperti yang kita umat Islam ketahui, Holy Water jika diminum oleh umat Islam akan menyebabkan lidah menjadi keras untuk menyebut nama Allah dan hati menjadi beku atas segala ajaran Islam. Sebelum terkena lebih baik kita berhati-hati. Disini disenaraikan nama-nama air mineral tersebut:
1) Al-Mansur
2) Al-Mubarakah
3) Al-Barakah
4) Bestari
Ingat wahai sahabat, orang-orang kafir selalu ingin menjatuhkan agama Islam. Mereka boleh berselindung dengan nama-nama orang Islam tetapi Allah maha mengetahui dan dibukanya minda kita agar tetap dengan keimanan di hati. Untuk pengetahuan , buktinya memang dah ada dan sekarang ini jenama air mineral tersebut boleh didapati disekitar PKNS dan Bukit Jalil dan beberapa tempat sekitar Petaling Jaya, Selangor. Di tempat lain tidak pula diketahui.Selipar BowlingHARAP MAKLUM SEMUA... Selipar getah jenama BOWLING, situ ada tertulis perkataan ALLAH (dlm Arab) di tapaknya (bahagian tumit) harap dapat ambil perhatian. Sebarkan demi agama Islam tercinta.Memang ada perkataan Allah, tengok betul-betul kat tapak (corak besar) tengok tapak selipar sebelah kiri... Kalau sebelah kanan, perkataan ALLAH dalam imej terbalik. SUBAHANALLAH.... Mineral Water "WATERCO" .....DON'T BUY IT....Wallahualam.... Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum atau terbeli air mineral 'WATERCO". Ia adalah 'Holy Water'. yang dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi, termasuk Pope John Paul.Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan bahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah. Tolong fowardkan okay... Demi Islam... Demi agama yang tercinta
